Ilona Andrew

ADUN Petagas dilantik sebagai Ketua Penerangan Warisan baharu

16 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) telah melantik Ahli Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah sebagai Ketua Penerangan baharu parti itu.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretta Padua Jr yang menyatakan keputusan ini dicapai semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan hari ini.

Awang yang juga merupakan Ketua Bahagian Warisan Putatan menggantikan ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang terlebih dahulu telah umum keluar parti untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau memenangi kerusi Petagas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada bulan September tahun lalu.