Wartawan Nabalu News

Gotong-royong di gereja Kg Lasau Tintapon, Kg Talungan semarakkan semangat Krismas

Ewon meninjau suasana gotong-royong di Gereja SIB Kg Lasau Tintapon.

18 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Menjelang tibanya perayaan Krismas, penduduk Kg Lasau Tintapon dan Kg Talungan sepakat mengadakan gotong-royong menyimen dan membersihkan kawasan gereja mereka.
 

 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick turut meluangkan masa meninjau dan memberikan sokongan kepada usaha penduduk kampung.

Para belia juga turut serta dalam aktiviti gotong-royong di Gereja SIB Kg Talungan.

“Semangat bergotong-royong atau ‘mitabang’ yang diamalkan masyarakat kampung sejak dahulu lagi dapat mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan penduduk kampung.
 

 
“Kita dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan mudah melalui Kerjasama. Bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’,” katanya.

Ewon meluangkan masa di bersama penduduk Kg Lasau Tintapon semasa aktiviti gotong-royong tersebut.

Penduduk kampung bergotong royong menyimen perkarangan gereja dan membersihkan sekitar gereja SIB Kg Lasau Tintapon dan gereja SIB Kg Talungan
 

 
Ewon menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk pelaksanaan kerja-kerja menyimen perkarangan gereja SIB Kg Lasau Tintapon tersebut dan RM4000 kepada gereja SIB Kg Talungan termasuk bagi memulakan pembinaan bilik stor gereja.

Selepas menghadiri program gotong-royong, Ewon seterusnya merasmikan majlis penutupan Kursus Kemahiran Digital Program SULAM Kg Sayap anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS).