nabalunews

Hajiji perlu tubuh parti baharu menganggotai GRS?

19 Mac 2022

1. Dalam kenyataan di bawah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyebut empat buah parti politik Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Hajiji bagaimanapun hanya menyebut tiga buah parti politik bukan empat. Secara rasmi PPBM bukan anggota gabungan GRS.

2. PPBM adalah anggota gabungan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan. Pada prinsipnya PPBM Sabah tidak boleh sertai GRS kerana sebuah parti politik tidak boleh menyertai dua gabungan parti politik yang berdaftar dengan ROS. Parti PAS di Sabah yang juga anggota PN di peringkat Persekutuan juga tidak boleh menjadi anggota gabungan GRS.

3. Parti-parti tempatan tidak menghadapi masalah besar untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana keputusan itu boleh dibuat dengan mudah setelah Majlis Tertinggi Parti membuat resolusi menyertai GRS. Namun parti politik nasional tidak boleh berbuat demikian. Sungguhpun telah diberikan "autonomi" keputusan menyertai gabungan parti-parti plitik adalah keputusan Majlis Tertinggi di peringkat Pusat atau Persekutuan bukan diperingkat negeri atau peringkat Perhubungan.

4. Jika penubuhan GPS Sarawak dijadikan model, GRS di Sabah saya anggap gagal mencapai matlamat penubuhannya. GPS di Sarawak telah dapat menyatukan pemimpin dan parti-parti tempatan Sarawak dan berjuang dibawah satu entiti. Di Sabah, Umno, PPBM dan PBRS tidak menyertai GRS. Jika benar sentimen rakyat Sabah mahu sokong parti tempatan, keujudan part-parti nasional seperti PPBM, Umno, PAS, Amanah, MIC Gerakan dan DAP tidak lagi relevan di Sabah.

5. Keadaan politik di Sabah sekarang mengimbau sejarah lama sewaktu Gagasan Malaysia diumum pada tahun 1961. Pemimpin Sabah juga tidak sepakat sehinggalah campurtanngan pemimpin dari luar Sabah. Apakah peristiwa itu kita mahu berulang?

Musli Oli

Restoran Pak Mus Tanjung Aru Plaza