Wartawan Nabalu News

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik kepada 1.0

12 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) di Malaysia meningkat kembali kepada 1.0, satu petunjuk bahawa kes harian Covid-19 mungkin akan bertambah.

Berdasarkan infografik yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebooknya hari ini berkata, negara merekodkan nilai R-Naught sebanyak 1.0 kelmarin (11 Nov).

Sebelum ini, nilai R-Naught negara ialah sebanyak 0.96 (10 Nov) dan 0.99 (11 Nov).

Sebanyak enam buah negeri mencatat nilai R-Naught yang melebihi 1.0 iaitu Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Kuala Lumpur (1.04), Putrajaya (1.16), serta Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing 1.01.

Sementara itu, nilai R bagi Melaka yang bakal melaksanakan Pilihan Raya Negeri pada 20 Nov ini ialah sebanyak 0.94.

Manakala negeri dengan nilai R terendah pula ialah Melaka sebanyak 0.88.

Nilai R-Naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Kali terakhir negara mencatat nilai R di atas 1.0 ialah pada 31 Ogos tahun ini.