nabalunews

KENYATAAN ISTANA NEGARA PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA DARURAT MENGGEMBIRAKAN: TENGKU RAZALEIGH

Tengku Razaleigh Hamzah

24 Feb 2021

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik ketegasan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.

Beliau berkata, kenyataan itu pastinya akan mengembirakan seluruh rakyat negara ini.

"Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.