Marryan Razan

Kluster baharu dikesan di Kg. Sangkabok Kuala Penyu


 
3 Ogos 2021
 
Oleh Marryan Razan
 

 
KOTA KINABALU: Kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sangkabok - Kuala Penyu merupakan kluster komuniti mencatatkan jumlah kumulatif 33 kes positif Covid-19.
 

 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster jenis komuniti itu menular di Kg Sangkabok dan Kg Tg Aru dalam Daerah Kuala Penyu.
 

 
“Kluster ini dikesan apabila kes indeks, suri rumah, 62, disahkan positif RTK-Ag grading 10% hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 Julai 2021.
 

 
“Berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
 

 
“Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat kes baharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.