Wartawan Nabalu News

Orang awam diminta memberi maklum balas mengenai dos penggalak Covid-19

22 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA LUMPUR: Orang awam telah diminta mengambil memberi maklum balas mengenai dos penggalak vaksin Covid-19 melalui tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh Institut Pendidikan Klinikal, Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM).

Objektif tinjauan adalah untuk memahami persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap dos penggalak atau dos ketiga vaksin Covid-19 itu.

Orang awam diberi jaminan bahawa maklum balas mereka dilakukan secara ‘anonymous’ dan maklumat peribadi mereka juga tidak disimpan.

KKM telah memulakan proses pemberian dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Individu yang layak untuk menerima dos penggalak ini akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, manakala individu yang tidak mempunyai aplikasi itu akan menerima pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksin (PPV).