Wartawan Nabalu News

Penduduk Melangkap Tiong luangkan masa cuti Raya bergotong-royong

2 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Sempena cuti pekerja dan Hari Raya, ramai yang meluangkan masa balik kampung berhari raya atau bersama keluarga melawat tempat-tempat menarik.

Namun bagi penduduk Kg.Melagkap Tiong, masa cuti mereka gunakan untuk melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan padang permainan kampung itu yang terbiar sejak dua tahun lalu akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Cawangan UPKO Melangkap Tiong Anichlose Kesimin berkata, gotong-royong itu dilaksanakan dua kali dan siap sepenuhnya hari ini.

“Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas komitmen berterusan memberikan sumbangan untuk menjayakan gotong-royong ini.

“Saya juga amat menghargai sokongan dan kehadiran rakan-rakan menjayakan gotong-royong ini sehingga semuanya selesai. Ini adalah program tahunan UPKO Cawangan Kg.Melangkap Tiong,” katanya.

Anichlose turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi JPKK kampung itu atas sokongan dan kerjasama menjayakan program gotong-royong itu.


 
“Biarpun berbeza dari segi fahaman politik namun apa yang penting adalah kita harus mencari kebersamaan dalam memberikan khidmat dan kebaikan kepada komuniti kampung,” katanya.