nabalunews

PILIHAN RAYA AS: BIDEN DAHULUI SAINGAN, UNDIAN MASIH DITERUSKAN

Joe Biden

4 NOV 2020

WASHINGTON: Calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai  Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu.


 
Biden menang di Connecticut, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Rhode Island, Vermont dan Virginia, di negeri yang menyokong Demokrat, manakala Trump mendahului di negeri yang mendapat sokongan konservatif iaitu Alabama, Kentucky, Mississippi, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan West Virginia, menurut The Associated Press.


 
Bekas naib presiden itu telah menambah 85 undi elektoral berbanding 55 untuk Trump.

Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk memenangi Rumah Putih.  

Pusat pengundian ditutup di lebih 20 negeri dan Washington pada 8 malam Waktu Timur (0100 GMT), termasuk negeri-negeri di Michigan, Pennsylvania dan Texas. - Bernama