nabalunews

PKPD DI SMKA DAN SELURUH KAMPUS UMS, KOTA KINABALU DITAMATKAN HARI INI DAN ESOK

Datuk Masidi Manjun

1 Mei 2021
 
Oleh Wartawan Nabalu News
 

 
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Seluruh Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu ditamatkan hari ini (1 Mei) dan 2 Mei (esok).
 

 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di kedua-dua lokaliti berkenaan, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.
 

 
"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalakan 836 ujian saringan di SMKA Kota Kinabalu dan daripada jumlah itu, 190 daripadanya didapati positif COVID-19.

Masidi berkata, 5,611 ujian saringan yang dijalankan di Seluruh Kampus UMS pula mendapati daripada jumlah itu, 35 daripadanya didapati positif COVID-19.


 
"KKM mengesahkan baki kes aktif di kedua-dua lokaliti tersebut adalah terkawal dan semua kes positif telah menerima rawatan manakala kontak rapat telah diasingkan serta dipantau sehingga
 
hari ke-14," katanya dalam kenyataan akbar di sini hari ini.


 
Selain itu, KKM turut melaporkan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan di UMS.