top of page

100,000 permohonan Budi Madani telah diluluskan

Wartawan Nabalu News

19 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebanyak 100,000 permohonan BUDI MADANI telah diluluskan.

 

Jelas Beliau, daripada jumlah tersebut, 46,000 pemohon menerima bayaran mereka yang disalurkan hari ini.

 

Beliau menjelaskan bahawa 30,000 pemohon telah menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun lalu. Permohonan yang dibuat sebelum hujung bulan ini akan disalurkan kepada penerima menjelang awal Julai.

 

"Dianggarkan 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak menerima BUDI Individu. Manakala hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi," katanya.

 

Bagi pemohon individu yang gagal, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI. Untuk pemohon petani dan pekebun kecil, mereka perlu terlebih dahulu berdaftar dengan agensi di bawah kementerian terlibat sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

 

Pemohon juga boleh menghubungi talian yang disediakan, mengemukakan pertanyaan menerusi emel tertera, serta hadir ke pejabat LHDN seluruh Semenanjung Malaysia.

 


Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page