top of page

11 PATI ditahan di Sandakan 

  • nabalunews
  • May 27, 2025
  • 1 min read


27 Mei 2025


SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan melancarkan Operasi Bersepadu dan Ops Poket, hari ini.


Operasi yang dilaksanakan di sekitar kawasan pusat bandar Sandakan bertujuan untuk membanteras jenayah dan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI).


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy, berkata operasi berkenaan juga dilaksanakan bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan dokumentasi serta mengekang aktiviti haram di kawasan pusat bandar.


Katanya, pihak polis daerah Sandakan akan meneruskan operasi sedemikian bersama agensi penguatkuasa lain bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terjaga.


“Hasil operasi ini, seramai 11 warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa ditahan bagi siasatan lanjut.


“Mereka juga ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai atas penglibatan dalam pertubuhan tidak berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Selasa.


Ramasamy berkata, semua tangkapan telah dibawa ke IPD Sandakan dan Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page