top of page
  • Wartawan Nabalu News

112 KLUSTER COVID-19 DI SABAH, 49 MASIH AKTIF SETAKAT 31 DIS



6 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sejumlah 112 kluster Covid-19 di seluruh Sabah dicatatkan sehingga 31 Disember 2020, daripada jumlah itu 49 kluster masih aktif manakala 63 lagi telah ditamatkan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Beliau berkata, dalam tempoh yang sama Kota Kinabalu merekodkan bilangan kluster yang tertinggi iaitu sebanyak 27 kluster, diikuti Tawau dengan 20 kluster dan Sandakan sebanyak 18 kluster.


“Kota Kinabalu juga turut mencatatkan jumlah kes Covid -19 tertinggi di seluruh Sabah setakat 31 Disember iaitu 9,535 kes.


“Manakala daerah Nabawan pula mencatat kes Covid-19 yang terendah dengan tujuh kes,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada tahun lalu empat kematian berkaitan Covid-19 melibatkan kanak-kanak dilaporkan di negeri ini.


“Dalam tahun 2020, seramai 5,142 kanak-kanak di bawah 12 tahun dikesan dijangkiti Covid-19 dan daripada jumlah itu, seramai 2,152 orang adalah kanak-kanak bawah 5 tahun dan 707 orang daripadanya adalah bayi di bawah 1 tahun,” katanya.

bottom of page