top of page

126 sertai Program Jelajah Rekonsiliasi Belia 2021

Wartawan Nabalu News

1 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Seramai 126 orang wakil belia dan pemimpin komuniti telah menyertai Program Jelajah Rekonsilasi Belia 2021 yang diadakan pada 25 dan 26 November di empat mukim, di sini.


Presiden Majlis Belia Daerah Telupid yang juga Ketua Generasi Muda UPKO Beluran, Emmanuel Atin berkata, program itu dimulai hari pertama di Mukim Ulu Labuk.


Ia kemudiannya disusuli ke Mukim Liwogu dan diakhiri jelajah ke hari kedua di Mukim Sapi dan Mukim Nangoh.

“Objektif utama program ini adalah memperkasakan kepimpinan dan mendidik jati diri belia agar terus tampil diri menyahut cabaran secara inklusif dan di samping lebih fokus kesiap siagaan perbaiki ekonomi belia melalui input program yg bakal dilaksana kelak.


“Program jelajah ini mendapat sambutan yg memuaskan serta memberi kesedaran ke arah penglibatan belia,” katanya.


Menurut Emmanuel, program ini turut diserikan slogan 'Belia dinamik, peneraju holistik' dan dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Masdi Masran.



Sementara itu, satu lagi program di daerah Telupid yang dirasmikan oleh Masdi telah berjaya menarik minat pencinta aktiviti kayuhan basikal yang julung kali diadakan baru-baru ini.


Masdi berkata beliau merasa syukur dan gembira akitivi seumpama ini dapat diadakan bagi memberi ruang mendekati akar umbi belia melalui semangat berpersatuan di peringkat kampung dan seterusnya di mukim-mukim


Beliau turut merakamkan terima kasih dan tahniah kepada barisan ahli Majlis Belia Daerah Telupid di atas komitmen padu mengembleng tenaga untuk membantu menjayakan program yang diadakan julung kali di Telupid selaku tuan rumah program.


Beliau juga menghargai usaha penyertaan para peserta kayuhan basikal dan turut terlibat dalam bengkel keselematan jalan oleh pihak berkuasa.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page