top of page
Wartawan Nabalu News

166 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH HARI INI, DUA KEMATIAN



21 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 166 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 67,707 kes dan dua kematian direkodkan hari ini iaitu di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 166 jangkitan baharu hari ini, 83 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 49 kes adalah daripada saringan kluster, 19 kes adalah daripada saringan bergejala, empat kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.


"Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 44 kes, diikuti Tawau (32 kes), Sandakan (16 kes), Kudat (10 kes), Penampang (lapan kes), Tuaran, Kota Belud, Papar, dan Sipitang masing-masing dengan tujuh kes, Sipitang (enam kes), dan Nabawan (lima kes).


"Manakala Lahad Datu dan Kota Marudu masing-masing merekodkan empat kes, Kunak, Semporna dan Keningau masing-masing dua kes serta satu direkodkan di Kinabatangan dan Tongod.

Sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kalabakan, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.


"Pelandaian kes baharu hanya akan berlaku sekiranya kes terus menurun namun, dengan jumlah catatan sebanyak 83 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu daerah Zon Hijau," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Berkenaan jumlah kes sembuh beliau berkata, seramai 265 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 65,238 orang.


“Seramai 1,718 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 468 orang di hospital, 1,116 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 66 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.





Comments


bottom of page