top of page

168 sertai UPKO Kinabatangan, Mohina rasmi mesyuarat PDM Mananam

  • nabalunews
  • Jun 8
  • 1 min read

8 Jun 2025


TONGOD: Sokongan terhadap Parti UPKO terus kukuh di Kinabatangan apabila sebanyak 168 borang keahlian baharu diterima semasa Mesyuarat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mananam yang berlangsung hari Jumaat lalu.


Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Mohina Sidom dan dihadiri lebih 120 ketua cawangan serta ahli dari lima cawangan UPKO dalam PDM Mananam, iaitu Kampung Mananam, Langkabong, Napagang, Lanung dan Maliau.


Selain itu, Mohina turut mengambil kesempatan menyampaikan bakul makanan kepada beberapa warga emas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan parti terhadap kebajikan masyarakat.


PDM Mananam merupakan salah satu kawasan aktif dalam usaha mengukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi, selaras dengan agenda UPKO untuk memperkasakan komuniti luar bandar.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page