top of page

183 murid terima bantuan persekolahan YBR

  • nabalunews
  • Aug 23, 2024
  • 1 min read

23 Ogos 2024


TELUPID: 183 orang murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid menerima bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat (YBR) pada 19hb Ogos lalu.


Majlis ini diadakan di dewan SK Telupid dan disempurnakan Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia Felix Joseph Saang dan Pengerusi (YBR) Datuk Philip Benedict Lasimbang.


"Terima kasih kepada pihak YBR dan Datuk Philip Lasimbang selaku Pengerusi YBR," kata murid berkenaan.


Philip mengucapkan tahniah kepada Guru Besar, guru-guru, ibubapa dan semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program Penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat.


"Semoga murid-murid SK Telupid akan terus mencapai kecemerlangan.


"Mudah-mudahan sedikit bantuan yang telah diberikan ini akan memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada para pelajar," katanya.


Sementara itu Felix berkesempatan memberikan sedikit perkongsian dan penerangan mengenai Universiti Keusahawanan Dan Koperasi Malaysia (UKKM) pada majlis itu.

Komentari


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page