- Wartawan Nabalu News
189 KES COVID-19 DICATATKAN DI SABAH PADA HARI INI, MENINGKAT SEBANYAK 45 KES

22 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 189 kes baharu Covid-19 pada hari ini, meningkat sebanyak 45 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,242 kes pada hari ini dan tiada kes kematian direkodkam pada hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah keseluruhan kes tersebut, 72 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 21 kes dari saringan bergejala, 76 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta 20 kes lagi adalah dari lain-lain kategori.
“Tawau mencatatkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 66 kes, diikuti Kota Kinabalu (34 kes), Kunak dan Penampang masing-masing 16 kes, Kalabakan (11 kes), Beaufort (10 kes), Lahad Datu (lapan kes).
"Manakala Putatan pula sebanyak (enam kes), Sandakan, Papar dan Semporna masing-masing empat kes, Tuaran dan Kota Belud masing-masing tiga kes, Kinabatang sebanyak dua kes, serta satu kes direkodkan di Kuala Penyu dan Kota Marudu.
“Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini dan Sipitang, Nabawan, Tambunan, Pitas, Beluran, Telupid dan Tongod kekal di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, seramai 55 orang pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,661 orang.
"Sebanyak 847 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 332 orang di hospital dan 514 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 42 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.