• Wartawan Nabalu News

190,951 BAKUL MAKANAN DIAGIH DI 27 DAERAH SETAKAT INI


para petugas mengagihkan makanan di Telupid.

18 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 190,951 bakul makanan (food basket) di 27 daerah seluruh Sabah, setakat hari ini.


Menterinya Ir Shahelmey Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.


“Kementerian saya sedang giat melaksanakan pengagihan bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Ir.Shahelmey berkata, pada hari ini turut diagihkan sebanyak 6,310 bantuan bakul makanan melibatkan 15 daerah.


“Daerah-daerah itu ialah Tawau (86), Beluran (296), Kota Kinabalu (2,217), Kalabakan (62), Putatan (24), Papar (15), Tuaran (229), Ranau (245), Beaufort (2,077), Tenom (190), Tambunan (137), Kudat (579), Pitas (51), Kota Marudu (16) dan Telupid (86).



ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com