- Wartawan Nabalu News
2,174 kes baharu Covid di Sabah, 11 kes kematian

28 Feb 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sejumlah 2,150 atau 98.90 peratus daripada 2,174 kes hari ini di Sabah adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, hanya lapan kes dalam Kategori 3, 10 kes dalan Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5.
“Kes harian di Sabah terus mencatat penurunan dan hari ini merekodkan penyusutan 700 kes berbanding semalam.
“Sungguhpun kes harian berkurangan pada jumlah yang agak besar tetapi peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu 62.74 peratus yang boleh mencetus peningkatan kes-kes baharu bila bila masa.
“Penyusutan jumlah kes harian juga disebabkan oleh jumlah ‘backlogs’ yang semakin berkurangan dalam statistik harian beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, sebanyak 11 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Tawau, dua kes di Penampang dan masing-masing satu kes di Ranau, Nabawan, Kudat, Beaufort, Keningau dan Kota Kinabalu.
“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya.
Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh, Masidi berkata, seramai 4,312 orang sembuh termasuk yang discaj dari hospital/PKRC menjadikan jumlah kumulatif 288,335 orang.
“Manakala 1,739 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,105 orang di hospital, 622 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 78 orang merangkumi 64 di ICU/repurposed kritikal care serta 14 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 28 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 105 (30.97%),” katanya.