top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

2,594 kes baharu Covid direkodkan, 15 kematian hari ini



31 Ogos 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 pada hari ini ialah sebanyak 2,594 kes meningkat 284 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 147,843 kes.


Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Penampang manakala Lahad Datu, Tawau, Beaufort, Beluran, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes di Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi Covid iaitu sebanyak 567 kes, diikuti Sandakan dengan 320 kes, Penampang (268 kes), Papar (26 kes), Tawau (168 kes), Tuaran (156 kes) dan Keningau (138 kes).


"Saringan kontak rapat terus kekal sebagai penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 1,573 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


"Kes dalam kategori ini adalah dianggap kes-kes sporadik, yakni pembawa atu punca virus sukar dikenalpasti mahu pun dari tempat mana asalnya dijangkiti.


"Manakala saringan bergejala merekodkan 787 kes, saringan kluster dengan 40 kes, saringan bersasar (tiga kes) dan saringan lain-lain kes (191 kes). Menurut Masidi, seramai 2,594 pesakit adalah daripada Kategori 1 dan Kategori 2 dengan pecahan sebanyak 564 kes daripada Kategori 1 dan sebanyak 1,938 kes daripada Kategori 2. "Bagi Kategori 3 pula sebanyak 15 pesakit, empat pesakit dalam Kategori 4 dan 12pesakit dalam kategori 5 serta 61 kes masih dalam siasatan lanjut," katanya. Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,551 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 114,929 orang.

bottom of page