• Wartawan Nabalu News

2,842 pesakit Covid-19 di Sabah terima rawatan di hospital, pusat kuarantin


Gambar Hiasan

15 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 2,842 pesakit Covid-19 di Sabah sedang menerima rawatan termasuk di hospital, pusat kuarantin dan pusat tahanan sementara.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 1,306 orang di hospital, 1,344 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 190 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan dua orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 46 orang merangkumi 41 di ICU/repurposed kritikal care serta lima di open ward (HDW/kubikel akut) dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.


“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 41,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 1,461 orang termasuk yang discaj dari hospital dan pusat kuarantin menjadikan jumlah kumulatif 247,615 orang.


Beliau berkata, daerah yang mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah ialah Kota Kinabalu dengan 752 kes, diikuti Sandakan 647 kes, Tuaran 388 kes, Penampang 385 kes, Tawau 256 kes, Putatan 241 kes, Papar 233 kes, Lahad Datu, 196 kes, Ranau 158 kes, Beaufort 158 kes, Keningau 144 kes, Kota Belud 123 kes dan Kota Marudu 116 kes.