top of page
nabalunews

2 remaja lelaki dituduh rogol kanak-kanak perempuan


3 October 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Dua remaja lelaki dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.


Namun, tiada pengakuan direkodkan dari kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau, Mohd Afiz Huzairi Ayob


Tertuduh yang masing-masing berumur 13 dan 14 tahun didakwa merogol mangsa di kebun belakang sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Jalan Utara, kira-kira jam 9.40 malam pada 26 September lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 21 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Comments


bottom of page