2 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, Sandakan
nabalunews

18 Ogos 2024
SANDAKAN : Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, Sandakan, malam ini.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bertindak mengawal dan memadam kebakaran sebaik menerima laporan pada 7.32 malam.
18 anggota bomba bersama 2 jentera pemadam api dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan berjaya mengawal kebakaran jam 8.04 malam.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Comentários