• Wartawan Nabalu News

207 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH, 2 KES KEMATIAN


31 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah meningkat sedikit berbanding kelmarin iaitu daripada 190 kes (30 Mei) kepada 207 kes (31 Mei) hari ini dengan peningkatan sebanyak 17 kes dan dua kes kematian dilaporkan di Kunak dan Lahad Datu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 207 kes jangkitan baharu hari ini, 117 kes hasil saringan kontak rapat, 40 kes saringan kluster, 33 kes saringan bergejala, sembilan kes saringan bersasar dan lapan kes daripada lain-lain kes.


“Sebanyak 11 daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Sandakan 36 kes (+27) dan Kota Kinabalu 22 kes (+14).


"Dua daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Penampang (17 kes) dan Kota Marudu satu kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.


"Manakala lapan daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Enam daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala dua daerah lain menunjukkan penurunan ketara pada julat dua angka iaitu Papar (-22 kes) dan Kunak (-12 kes)," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, pada hari ini.


Masidi berkata, tujuh daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Pitas, Tongod, Nabawan, Kuala Penyu dan Tambunan.


Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 131 menjadikan jumlah kumulatif 59,522 orang.


“Seramai 1,468 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 448 orang di hospital, 1015 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara lima orang.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 68 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.