- Wartawan Nabalu News
22 PESERTA SELURUH SABAH SERTAI SUGANDOI KAAMATAN UPKO ONLINE

18 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Hanya tujuh daripada 22 peserta Sugandoi Kaamatan UPKO Online seluruh Sabah akan dipilih ke peringkat akhir merebut gelaran juara pada Kemuncak Kaamatan UPKO Online pada 23 Mei ini.
Pengerusi Penganjur Monih Epin berkata, juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, tempat kedua (RM1,000) dan ketiga (RM500).
“Pihak jawatankuasa penganjur juga menyediakan hadiah istimewa kepada peserta paling popular menerusi “like” terbanyak di facebook UPKO Malaysia dan prop paling kreatif,” katanya.
Mornih berkata, pada tahun ini, UPKO hanya menganjurkan dua acara sempena sambutan Kaamatan iaitu Sugandoi dan Unduk Ngadau.
“Pada awalnya banyak kita rancang sebagai pengisian Kaamatan termasuk pertandingan makanan dan minuman tradisional serta filem pendek seperti tahun lalu namun keadaan pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan maka kita hadkan kepada dua acara iaitu Sugandoi dan Unduk Ngadau,”katanya.
Beliau berkata, walaupun sambutan kaamatan tidak dapat dilaksanakan secara teebuka namun ia masih boleh dianjurkan melalui online bagi menghidupkan budaya dan identiti masyarakat Kadazandusun.