- Wartawan Nabalu News
229 KES POSITIF COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH PADA HARI INI, 1 KES KEMATIAN

26 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sedikit penurunan terhadap kes positif Covid-19 iaitu sebanyak 229 pada hari ini, menurun 37 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,057 kes.
Sehubungan itu, satu kes kematian direkodkan di Kota Belud.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada 229 kes tersebut sebanyak 22 kes dari saringan kluster baharu,
37 kes hasil dari saringan kluster yang sedia ada, sembilan kes hasil dari saringan bersasar (PKPD), 105 kes hasil dari saringan kontak rapat, 44 kes hasil dari saringan bergejala, serta empat kes masing-masing dari hasil saringan kemasukan wad/prosedur/pengiring, saringan pekerjaan dan saringan lain- lain kategori. “Tawau terus mencatatkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 62 kes, diikuti Kota Kinabalu (30 kes), Penampang (25 kes), seterusnya Kunak dan Lahad Datu masing-masing merekodkan 23 kes, dan Keningau (21 kes).
"Manakala Papar dan Sandakan masing-masing sembilan kes, Semporna (tujuh kes), Kalabakan (lima kes), Kota Belud (empat kes), Kuala Penyu dan Putatan masing-masing tiga kes, Tuaran dan Beaufort masing-masing dua kes serta satu kes direkodkan di Sipitang. “Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini dan daerah Nabawan, Tambunan, Beluran, Telupid dan Tongod berada di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Masidi berkata, seramai 81 orang pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,968 orang. Seramai 1,276 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 405 orang di hospital, 868 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 61 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.