top of page

242 KES POSITIF BAHARU COVID DICATATKAN DI SABAH, HARI INI

Wartawan Nabalu News


30 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 242 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,445 kes dan tiga kes kematian direkodkan iaitu dua kes di Kota Belud dan satu kes di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes jangkitan baharu hari ini, 115 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 94 kes saringan kluster, 14 kes saringan bergejala, lapan kes daripada saringan bersasar dan 11 kes daripada lain-lain kes.


“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 99 kes diikuti Tawau, Kota Belud dan Kunak masing-masing 20 kes, Penampang (17 kes), Beaufort (11 kes), Kuala Penuu (10 kes), Semporna, Kudat dan Papar masing-masing tujuh kes.


Lahad Datu mencatatkan enam kes, Kalabakan, Kota Marudu masing-masing empat kes, Sandakan dan Tuaran masing-masing tiga kes, Keningau (dua kes), Pitas dan Nabawan masing-masing satu kes.


Menurut Masidi daripada 99 kes baharu yang dicatatkan di Kota Kinabalu, 66 kes adalah daripada Saringan Kluster dan 33 kes lagi adalah daripada lain-lain saringan.


“Sebanyak 51 kes berpunca daripada Kluster Tembok Kota Kinabalu, lima kes daripada Kluster Ocean Blue, lima kes daripada Kluster Coral dan lima kes daripada Kluster Tanjung Aru Baru.


“Kluster Tembok Kota Kinabalu adalah kluster daripada Penjara Kepayan, manakala Kluster Ocean Blue dan Kluster Coral adalah kluster daripada pekerja-pekerja pelantar minyak (offshore),” katanya.


“Manakala sembilan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Putatan, Sipitang, Tenom dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 187 menjadikan jumlah kumulatif 67,256 orang.


Katanya, seramai 1,508 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 444 orang di hospital, 948 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 116 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 70 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Beliau menggesa orang ramai supaya kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page