top of page
  • Wartawan Nabalu News

247 KES BAHARU COVID-19, 1 KEMATIAN DI SABAH, HARI INI



21 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 247 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,725 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, satu kes kematian dicatatkan di Kota Kinabalu.


Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini 154 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster-kluster sedia ada (21 kes), saringan bergejala (46 kes), saringan komuniti (empat kes) dan 15 kes dari lain-lain kategori.


“Daerah Tawau mencatatkan sebanyak 59 kes, Kota Kinabalu (52 kes), Lahad Datu (31 kes), Penampang (30 kes), Sandakan (28 kes), Putatan (10 kes), Tuaran (lapan kes), Ranau (lima kes), Kota Belud (empat kes).


“Beaufort, Tenom dan Beluran masing-masing tiga kes, Papar, Kinabatangan, Semporna dan Kota Marudu masing-masing dua kes, Kalabakan, Pitas dan Kudat juga mencatatkan satu kes,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini, seramai 316 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,203 orang.


“Sejumlah 1,848 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 593 orang di hospital dan 1,255 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 59 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page