top of page

25 PATI Cuba Menyeludup Masuk Ditahan

  • nabalunews
  • May 27
  • 1 min read

27 Mei 2025


SEMPORNA: Cubaan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak menyelinap masuk ke negara ini gagal selepas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di perairan Pulau Boheian, di sini, semalam.


Semua warga Filipina berusia lingkungan tiga hingga 75 tahun yang menaiki dua bot itu ditahan PPM Semporna menerusi Operasi Taring Gelora.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan pergerakan masuk dua bot mencurigakan dari negara jiran.

"Pasukan operasi kemudian menahan kedua-dua bot berkenaan dan hasil pemeriksaan terdapat 25 individu berada di atas dua bot itu.


"Akuan lisan daripada juragan bot dan penumpang mengaku berasal dari negara jiran Filipina.


“Semua PATI juga mengaku cuba masuk ke Semporna dan setiap penumpang dikenakan sejumlah bayaran," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pasukan serbuan menemui sejumlah mata wang asing.


"Bot laju bersama penumpang berkenaan terus ditahan kerana melakukan aktiviti lintas sempadan negara tanpa kebenaran.


“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM65,237 dan semua tangkapan serta rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut," katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page