top of page

25 sambungan haram untuk mencuri air dipotong JANS

  • nabalunews
  • Jul 30, 2024
  • 1 min read

30 Julai 2024


KOTA KINABALU: Penguatkuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memperhebatkan operasi memotong penyambungan paip secara haram untuk membanteras kegiatan mencuri air yang disyaki dilakukan penduduk setinggan sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna di sekitar Kota Kinabalu termasuk di Sepanggar.


Baru-baru ini, sebanyak 25 penyambungan paip haram dipotong anggota penguatkuasa JANS di kawasan belakang Kondominium One Sulaman, Kota Kinabalu menerusi satu operasi di lokasi itu.


Kegiatan mencuri bekalan air dilakukan dengan menebuk paip utama sebelum penyambungan paip secara haram dilakukan bagi membolehkan si pelaku menggunakan bekalan air secara percuma.


Kebiasaannya, pencuri air sanggup menebuk paip utama yang berada sedalam satu meter di bawah tanah bagi membuat sambungan haram tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna sah.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page