• Wartawan Nabalu News

255 PEKERJA ASING DI SABAH POSITIF COVID-19, SETAKAT 15 FEB


15 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Seramai 255 pekerja asing di negeri ini disahkan positif Covid-19 melalui saringan PERKESO, sehingga kini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ia meningkat sebanyak 31 orang sejak laporan pada 2 Februari lalu iaitu sebanyak 224 orang.

“Setakat 15 Februari sebanyak 2,621 daripada 8,369 Majikan telah menjalankan saringan Covid-19 kepada Pekerja Asing mereka iaitu berjumlah seramai 69,088 atau 60 peratus pekerja daripada jumlah keseluruhan pekerja asing di Sabah 115,157 yang mencarum dengan PERKESO,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, tempoh operasi penguatkuasaan tanggungjawab majikan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja asing mereka adalah sehingga 28 Februari ini.


“Ketika ini majikan masih melakukan ujian saringan Covid -19 kepada semua pekerja asing mereka di klinik-klinik yang berdaftar dengan pihak PERKESO,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com