32,066 KES COVID-19 DI SABAH SETAKAT INI

11 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah melaporkan sejumlah 32,066 kes Covid-19, setakat hari ini (11 Dis).
Beliau berkata daripada jumlah itu, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 8,325 kes, diikuti Sandakan (5,005 kes), Tawau (5,001 kes), Lahad Datu (3,178 kes), Semporna (2,212 kes), Tuaran (1,900 kes), Penampang (1,394 kes).
“Putatan merekodkan sejumlah 814 kes, Papar (807 kes), Kudat (797 kes), Keningau (495 kes), Kota Belud (480 kes), Kunak (349 kes), Kalabakan (300 kes), Beaufort (154 kes), Ranau (139 kes), Kinabatangan (137 kes), Pitas (123 kes), Beluran (106 kes).
"Kota Marudu (88 kes), Tambunan (77 kes), Kuala Penyu (50 kes), Sipitang (45 kes), Tenom (38 kes), Telupid (29 kes), Tongod (16 kes) dan Nabawan sebanyak tujuh kes," katanya.
Comments