• Wartawan Nabalu News

35 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JALAN TUN FUAD


5 JAN 2021


By Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Polis Trafik Kota Kinabalu mengeluarkan 35 saman atas pelbagai kesahan terhadap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal dalam Ops Motosikal di Jalan Tun Fuad dan Pelabuhan, di sini, semalam.


Menurut kenyataan Polis Kota Kinabalu, operasi dijalankan pada jam 10.15 pagi hingga hingga 11.30 pagi melibatkan tujuh Pegawai Rendah Polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Kinabalu.



“Dalam operasi ini, pihak Polis Trafik mengeluarkan saman sebanyak 35 keping saman Pol.257 atas pelbagai kesalahan melibatkan tujuh saman terhadap pemandu motokar dan 28 saman lagi penunggang motosikal.


“Sebanyak 165 buah kenderaan dan seramai 170 orang telah diperiksa sepanjang operasi hampir dua jam ini,” katanya dalam kenyataan itu.


Tujuan pelaksanaan Op Motosikal adalah bagi memastikan penunggang mematuhi undang-undang jalan raya.


Setakat ini saman yang dikeluarkan adalah kesalahan melibatkan yang lazim ditemui semasa penugasan penguatkuasaan.


Selain itu kesalahan-kesalahan lain melibatkan kenderaan lain juga tidak terkecuali untuk diambil tindakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com