top of page

350 warga emas sekitar Sandakan menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina

  • nabalunews
  • Jan 15
  • 1 min read

Kwek, Andrew dan yang lain ketika  penyerahan sumbangan itu.
Kwek, Andrew dan yang lain ketika  penyerahan sumbangan itu.

14 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN : Jawatankuasa  Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Siang Khor, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan menyampaikan bungkusan pek makanan kepada 350 warga emas sekitar Sandakan, baru-baru ini.


Menurut salah seorang ahli pertubuhan itu, Andrew Chai, program itu diadakan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan itu kepada warga emas yang diraikan sempena perayaan itu yang bakal tiba.


"Kita berharap sumbangan ini akan memberikan sedikit keceriaan kepada warga emas yang juga banyak menyumbang jasa kepada kita pada waktu dahulu," jelasnya.


Jelasnya, pihak pertubuhan itu juga aktif dalam melaksanakan pelbagai program seumpama dalam usaha membantu mereka yang memerlukan sekitar Sandakan.


Turut hadir, presiden pertubuhan itu, Datuk Kwek Shee Laing dan ahlinya yang lain.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page