• Wartawan Nabalu News

36 PELAJAR DI SABAH DISAHKAN POSITIF COVID-19



20 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 36 pelajar di Sabah disahkan positif Covid-19 setakat hari ini (20 Januari), melalui saringan ke atas pelajar-pelajar SPM dan STPM yang dibenarkan balik ke asrama mulai 16 Januari lalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bagi membolehkan pelajar berkenaan mengikuti sesi pembelajaran atas talian, jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menyediakan perkidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri.


“Para pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalani sesi pembelajaran atas talian,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 406 kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini, tujuh kes daripadanya adalah daripada saringan pelajar masuk asrama.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com