37,002 mangsa scam dengan kerugian RM203.3 juta dilaporkan setakat Mei 2024 - PM Anwar
- Wartawan Nabalu News
- Jul 4, 2024
- 1 min read

4 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) direkodkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dengan jumlah kerugian yang di yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah ini merangkumi 95,094 panggilan yang diterima NSRC sejak penubuhannya pada 12 Oktober 2022.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 10,649 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kes-kes penipuan ini.
“Manakala, 74 kertas siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram telah dibuka melibatkan pembekuan 637 akaun yang berjumlah RM72.38 juta,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, yang ingin mengetahui keberkesanan NSRC dalam menangani jenayah penipuan dalam talian dan modus operandi penipu.
Anwar turut menjelaskan bahawa NSRC dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah menyekat nombor telefon yang digunakan penipu.
"Setakat Mei 2024, 131 nombor telefon telah ditamatkan kerana terlibat dalam aktiviti penipuan dan 112 nombor telefon yang meragukan telah disekat," kata beliau.


















Comments