top of page
  • Wartawan Nabalu News

38 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI PPS TAMPARULI



18 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TAMPARULI: Seramai 38 mangsa banjir daripada beberapa buah kampung di sini, ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tamparuli di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, sejak kelmarin (17 Jan).


Kesemua mereka adalah dari Kampung Sungai Damit, Kg Bundung dan Unit Tapak Semaian LIGS Sg.Damit.


Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim membuat tinjauan di PPS Dewan Tun Hamdan Tamparuli selepas meninjau keadaan di pusat Sekatan Jalan Raya (SJR) Bulatan Nenas Tamparuli hari ini.


Turut hadir Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husain, dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran, Jamlin Ladin.

bottom of page