top of page

42 kes daripada 5,007 kes jangkitan hari ini di Sabah adalah bayi

Wartawan Nabalu News


20 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 42 pesakit daripada 5,007 kes baharu positif Covid-19 di Sabah hari ini adalah bayi di bawah umur satu tahun.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 606 pesakit melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum layak atau belum menerima vaksin


Beliau berkata, seramai 4,986 orang atau 99.58 peratus daripada 5,007 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima orang dalam Kategori 3, 13 orang dalam Kategori 4 dan tiga orang dalam Kategori 5.


“Daerah Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi dengan 1,265 kes baharu positif Covid-19. Daerah lain yang turut mencatatkan kes tiga angka ialah Penampang (719 kes), Tuaran (466 kes), Papar (398 kes), Tawau (355 kes), Sandakan (250 kes), Kota Belud (214 kes), Beaufort (185 kes), Putatan (167 kes), Keningau (161 kes), Kota Marudu (129 kes), Ranau (121 kes) dan Lahad Datu sebanyak 113 kes.


“Pada hari ini, 21 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan kes bergejala (jangkitan sporadik) sebagai kategori jangkitan yang tertinggi.


“Peratusan kes bergejala di seluruh Sabah ialah 63.13 peratus atau 3,161 daripada 5,007 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Keningau dan Beaufort.


“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya.




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page