42 kluster aktif di Sabah termasuk kluster baharu di Tenom

27 Feb 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini merupakan kluster tempat kerja di Tenom iaitu Kluster Tolokoson Kem Dua.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sabah setakat ini sebanyak 42 kluster.
“Kluster Tolokoson Kem Dua melibatkan warga kerja Sino Hydro Kem Dua Tolokoson. Indeks kes merupakan seorang lelaki, bukan warganegara, berumur 59 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 19 Feb lalu.
“Saringan terhadap kontak rapat di kalangan rakan sekerja telah mendapati 137 orang lagi didapati positif. Ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang telah dijangkiti seramai 138 orang setakat 27 Feb,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
“Siasatan awal punca penularan mendapati jangkitan bermula di dalam kawasan tapak pembinaan.
Коментарі