top of page
Wartawan Nabalu News

456 peserta dari 22 daerah sertai Kejohanan Badminton Flypower Tertutup Remaja Sabah



2 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 456 peserta dari 22 daerah seluruh sabah akan berentap pada Kejohanan Badminton Flypower Tertutup Remaja Sabah Siri 2 2022 bermula hari ini.


Kejohanan selama tiga hari bermula 2 Disember ini akan diadakan di Dewan Badminton Juara Putatan.


Presidennya Janih Bangud berkata, pertandingan itu adalah acara tahunan Persatuan Badminton Sabah (SBA) bertujuan mencungkil bakat-bakat pemain badminton remaja di seluruh Sabah.


“Sebanyak 12 kategori akan dipertandingkan pada kejohanan ini iaitu kategori perseorangan dan bergu bagi lelaki dan perempuan berumur bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun,” katanya.


Penaja utama kejohanan ini ada Syarikat Flypower.

תגובות


bottom of page