top of page
  • Wartawan Nabalu News

470 LAPORAN KESAN SAMPINGAN RINGAN SUNTIKAN VAKSIN DITERIMA SETAKAT INI


Gambar Hiasan

15 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sebanyak 470 laporan kesan sampingan suntikan vaksin dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera, laman sesawang Bahagian Regulatori Fasmasi Negara (NPRA) dan melalui Sistem Maklumat Farmasi (PhIS), diterima setakat ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan daripada mereka yang mengalami kesan sampingan hanya melaporkan kesan yang ringan dan tidak membahayakan.


Mengenai sasaran harian jumlah pemberian vaksin di Sabah, beliau berkata, dalam Fasa 2 dan Fasa 3, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menyasarkan 30,000 orang diberi vaksin setiap hari.


"Program Vaksinasi dilaksanakan setiap hari termasuk hari Sabtu dan juga Ahad.


"Pemberian vaksin dirancang untuk dilaksanakan secara serentak di seluruh Sabah. Bagaimanapun, perancangan ini tertakluk kepada bekalan dan penghantaran vaksin ke negeri ini dari peringkat pusat.


"Bagi memastikan program pemberian vaksin sentiasa berjalan, perancangan pemberian vaksin akan diberikan secara berperingkat," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


bottom of page