top of page

52,050 liter minyak diesel dirampas

  • nabalunews
  • Aug 27, 2025
  • 1 min read

27 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan satu kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi dalam operasi di sekitar kawasan Kampung Kibabaig, di sini, semalam.


Dalam operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, pasukan Unit Risik Marin dan UNGGERIN melakukan serbuan terhadap sebuah stor yang dipercayai menjadi pusat penyimpanan dan pemindahan minyak subsidi secara haram.


Hasil serbuan, pasukan operasi berjaya merampas sebanyak 52,050 liter minyak diesel yang dipercayai cuba diseleweng.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya berjaya merampas beberapa kenderaan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti berkenaan.


Katanya, pihaknya turut menahan lima individu warga tempatan berusia linkungan 22 hingga 42 tahun.


“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM 571,057.50 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Nazri menegaskan, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada seluruh komuniti orang awam.


Katanya, masyarakat boleh membantu dengan melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page