top of page
  • Wartawan Nabalu News

56 PAIN DARAH BERJAYA DIKUMPUL DALAM KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN WANITA UPKO


27 Mac 2021 Oleh Marryan Razan PENAMPANG: Sebanyak 56 pain darah berjaya dikumpul dalam Program Kempen Derma Darah anjuran Exco Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) di Buhavan Square Donggongon, di sini, hari ini. Kempen derma darah itu dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kesejahteraan Wanita dan Keluarga (PELITA), Persatuan Talasemia Sabah, Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (PENDARA), Nabalu News, Malaysian Red Cresent Penampang, Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar (USHWANE) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Pengerusi Penganjur Felimena Andreas berkata, program itu yang bermula jam 8 pagi berjaya menarik lebih 100 pengunjung, namun hanya 56 orang layak menderma.

"Pada awalnya kita mensasarkan 100 pain darah namun daripada 100 lebih pengunjung hanya 71 orang yang mendaftar dan 56 orang layak menderma.


"Kita akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan menderma pada hari ini," katanya selepas program itu di sini, hari ini. Felimena berkata, program itu bertujuan membantu mengisi tabung darah hospital yang kini berhadapan kekurangan bekalan darah.


Selain itu katanya, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.


Exco Pergerakan Wanita UPKO merakamkan jutawan terima kasih kepada Timbalan Presiden UPKO Senator Datuk Donald Mojuntin, Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (PENDARAH) Alix Sunggin serta ahli UPKO yang lain atas sumbangan menjayakan kempen ini.

Ewon turut meluangkan masa menderma darah sebelum meneruskan programnya di kawasan Kadamaian.


Para pengunjung turut dihiburkan persembahan nyanyian daripada Persatuan Talasemia Sabah.



bottom of page