- Wartawan Nabalu News
60 calon STPM 2021 di Sabah berjaya capai PNGK 4.0

18 Ogos 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Seramai 60 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Sabah berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 berbanding 72 orang pada tahun 2020.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Tah Nia Jaman berkata, ini menunjukkan penurunan seramai 12 orang calon.
“Syabas dan tahniah kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang. Saya berharap mereka dapat meneruskan budaya kecemerlangan, dalam apa jua bidang yang akan diceburi pada masa akan datang.
“Kepada yang kurang berjaya, anggaplah ini sebagai satu cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan lain pada masa akan datang,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM negeri Sabah 2021, hari ini.




Dari segi pencapaian sekolah, Tah Nia berkata, 58 buah sekolah di Sabah mencapai kelulusan 100 peratus.