• Wartawan Nabalu News

64 KES BAHARU COVID DI SABAH HARI INI MENINGKAT 13 KES BERBANDING KELMARIN


27 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 64 kes positif baharu COVID-19 hari ini meningkat 13 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,584 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di Tawau. Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini Tawau mencatatkan sebanyak 12 kes, Lahad Datu (sembilan kes), Nabawan (lapan kes), Penampang (enam kes), Kalabakan (lima kes). “Kota Kinabalu dan Papar masing-masing empat kes, Kota Marudu dan Kunak masing-masing tiga kes, Beaufort (dua kes), Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Kota Belud, Tuaran, Putatan, Tenom dan Keningau masing-masing satu kes. “Daerah-daerah lain seperti Beluran, Telupid, Tongod, Kudat, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang dan Tambunan tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, daripada 64 kes positif COVID-19, sebanyak 22 kes (34.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan kes (14.1%) saringan bergejala, 26 kes (40.6%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tujuh kes (10.9%) dari lain-lain kategori. Mengenai jumlah pesakit Covid-19 yang discaj dari hospital, beliau berkata, sebanyak 48 orang sembuh menjadikan jumlah kumulatif 53,733 orang. “Seramai 422 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 172 orang di hospital dan 250 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 29 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.