• Wartawan Nabalu News

666 MANGSA BANJIR DI KOTA MARUDU DIPINDAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA



11 Jan 2021


Oleh Anne Sham


KOTA MARUDU: Seramai 666 mangsa banjir dari tiga buah kampung di Kota Marudu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir yang mula dibuka hari ini.


Menurut kenyataan Secretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Marudu, daripada jumlah itu, seramai 317 mangsa banjir dari Kg.Asin-Asin, Kg.Belianjung (324 orang) dan Kg.Damai seramai 25 orang.


“Kesemua mangsa banjir diindahkan ke pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Kg.Asin-Asin, SK Taritipan, SR.Advent Damai dan Dewan SMK Tandek,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.



Menurut kenyataan itu, hujan lebat sejak petang Ahad (10 Jan) sehingga pagi Isnin (11 Jan) menyebabkan paras air beberapa sungai di kawasan itu meningkat.


Sebanyak 13 buah kampung turut dinaiki air iaitu Kg.Belianjung, Kg.Taritipan, Kg.Asin-Asin, Kg.Tanjung Batu Darat, Kg.Goruntong, Kg.Damai, Kg.Popok, Kg.Popok Laut, Kg.Parong, Kg.Langob, Kg.Panchur, Kg.Kuranji dan Kg.Ongkilan.


Agensi yang terlibat dikerahkan untuk membuat pemantauan di kampung-kampung tersebut.


Tiga jalan perhubungan dinaiki air iaitu Jalan Langkon – Pitas (Kg.Asin-Asin), Jalan Damai dan Jalan Mosolog.


Turut dilaporkan, kejadian tanah runtuh di SMK Tandek 2.


Agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com