• nabalunews

72,823 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 17 DAERAH SELURUH SABAH



23 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Sebanyak 72,823 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di 17 buah daerah seluruh Sabah, setakat kelmarin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya berkata, pengagihan makanan sedang giat dilaksanakan dan akan diteruskan bagi membantu penduduk Sabah yang memerlukan bantuan.

“Setakat 22 Oktober (kelmarin), bakul makanan telah diagihkan di 17 daerah seluruh Sabah iaitu di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu dan Kota Marudu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Shahelmey berkata, sebanyak 4,094 bantuan bakul makanan diagihkan kelmarin melibatkan 12 daerah iaitu Lahad Datu (440), Semporna (967), Kunak (222), Tawau (842), Sandakan (365), Penampang (59), Putatan (25), Papar (83), Tuaran (738), Ranau (107), Tambunan (20), Kuala Penyu (149) dan Kota Marudu (77).

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com