top of page
  • nabalunews

87 KES POSITIF COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH, 1 KES KEMATIAN


28 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Sabah pada hari ini mencatatkan sebanyak 87 kes positif baharu COVID-19 meningkat sebanyak 5 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,916 kes dan satu kes kematian direkodkan di Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 87 kes positif COVID-19, sebanyak 51 kes (58.6%) adalah berpunca dari

saringan kontak rapat, 14 kes (16.1%) saringan bergejala, 18 kes (20.7%) dari kluster

baharu dan sedia ada serta empat (4) kes (4.6%) dari lain-lain kategori. “Kunak kini mencatatkan kes baharu tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 19 kes, diikuti Kota Kinabalu (17 kes), Tawau (16 kes), Sandakan (15 kes), dan Lahad Datu (lapan kes). “Manakala Kalabakan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan tiga kes, Penampang dua kes, Kota Belud, Keningau, Kuala Penyu dan Beaufort pula masing-masing merekodkan satu kes. “Daerah-daerah lain mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini dan daerah kekal zon hijau Covid ialah Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, pada hari ini seramai 189 pesakit COVID-19 discaj dari hospital atau sembuh menjadikan jumlah kumulatif 56,494 orang. “Seramai 836 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 288 orang di hospital, 547 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. "Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 45 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page