87 lokaliti PKPD masih aktif di Sabah setakat hari ini87 lokaliti PKPD masih aktif di Sabah setakat hari ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

87 lokaliti PKPD masih aktif di Sabah setakat hari ini



26 Julai 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Sebanyak 87 lokaliti perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) masih aktif di selurah daerah Sabah sehingga hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan bilangan PKPD terbanyak iaitu 25 lokaliti.


“Daerah lain yang masih mempunyai PKPD aktif ialah Sipitang (12), Sandakan dan Keningau masing-masing tujuh lokaliti, Beaufort, Tawau, Penampang, dan Kudat masing-masing enam lokaliti.


"Papar pula dengan tiga lokaliti aktif, Kota Belud, Pitas, dan Tuaran masing-masing dua lokaliti aktif, serta satu lokaliti aktif di Putatan, Lahad Datu dan Kota Marudu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai PKPD baru, Masidi berkata, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan PKPD di enam lokaliti melibatkan beberapa daerah di Sabah bermula 28 Julai hingga 10 Ogos ini.


"Lokaliti-lokaliti PKPD itu ialah Kampung Kauran Keningau, Kampung Mostyn Lama Kunak, Perumahan Ladang Pontian Kuril di Kinabatangan dan Taman Kinarut Ria, Papar.


"Turut dikenakan PKPD di tiga lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang, dan Kampung Pasir Putih Sipitang. Manakala di Kota Belud pula ialah Kampung Tawadakan," katanya.


Katanya lagi, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di beberapa lokaliti bermula esok (27 Julai).


"PKPD ditamatkan di Taman Muhibbah Fasa 1, 2 dan 3 di Beaufort, serta Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak di Penampang," katanya.

bottom of page